September 10, 2008

Muhasabah Ramadhan


Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke sembilan kita berpuasa. Bagi yang benar-benar merasai kehadiran bulan Ramadhan ini pasti sibuk mempertingkatkan amal ibadah demi merebut ganjaran yang berganda yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Pelbagai amalan dilakukan bagi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t dan juga keberkatan Ramadhan ini seperti Solat Tarawih, Tadarus Al-Quran, Bersedekah, Berzikir dan sebagainya. Namun, dalam kita sibuk mengejar bonus berharga daripada Allah s.w.t ini, masih wujud golongan yang kurang menghayati kehadiran bulan yang dikatakan permulaannya sebagai Rahmat, pertengahannya Maghfirah (keampunan), dan penghujungnya Pelepasan daripada Azab Neraka. Golongan ini tidak lain dan tidak bukan orang-orang disekeliling kita dan mungkin juga diri kita sendiri.

Kita sering mengingatkan diri kita supaya tidak menjadikan Puasa di bulan Ramdhan ini sekadar Lapar dan Dahaga semata-mata, biarlah dengan kita berpuasa menjadikan kita menjadi lebih akrab dengan Allah s.w.t, mendapat keberkatan, keampunan dan diterima segala amalan. Tapi, sejauh mana kita beriman dengan peringatan tersebut? kenapa kita masih tegar melakukan apa yang dilarang Allah s.w.t yang menyebabkan cacat atau tempangnya tubuh puasa kita?
Percakapan dan perbualan kita, sejauh mana kita meninggalkan yang lagha? mata yang dikurniakan, adakah sentiasa jauh daripada pandangan maksiat? Pakaian yang disarung adakah tertutup sempurna aurat? kaki yang melangkah adakah sekadar penat berpusing-pusing di bazar Ramadhan tanpa tujuan? pergaulan dengan berlainan jantina adakah terpelihara daripada terjerumus ke lembah maksiat?

sama-sama kita muhasabah diri agar kesempatan Ramadhan yang dikurniakan pada kali ini tidak sia-sia tetapi terbukunya manfaat pahala dan nikmat daripada Allah s.w.t....
Jadikan Kesempatan Ramdhan Ini Sebagai Madrasah Tarbiyyah Yang Terbaik Bagi Kita Membentuk Jati Diri dan Peribadi Muslim Yang DiRedhai oleh Allah sw.t....wallahu'alam.


Ayuh! Umat Islam...

"Pada akhir zaman, orang-orang yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api, andai terus digengam hancur luluh jiwanya, namun andai dilepaskan hancurlah dunia. Jangan takut untuk berjuang kerana orang-orang yang berjuang ini memang direntangi ujian. "sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar..... "kita hidup untuk perjuangan, mati untuk kehidupan syurga impian...



September 2, 2008

SAHIH MUSLIM DARI ABDULLAH BIN MAS'UD RA

Di dalam Sahih Muslim dari Abdullah bin Mas'ud RA meriwayatkan: (mafhum)
"Sesungguhnya kami telah menyaksikan, bahawa tidak ada yang meninggalkan solat berjemaah (pada zaman kami) kecuali orang munafiq yang telah jelas kemunafikannya, atau orang sakit. Padahal ada di antara yang sakit berjalan dengan diapit oleh dua orang untuk mendatangi solat berjemaah".

Dan Abdullah bin Mas'ud RA juga meriwayatkan: (mafhum)
"Sesungguhnya Rasulullah SAW. telah mengajari kami sunnah-sunnah agama, dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah solat di masjid yang dikumandangkan azan di dalamnya".


September 1, 2008

SURAH AL-BAQARAH, AYAT 183

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." Surah Al Baqarah, ayat 183"


JOM INTAI SEJARAH ISLAM DI BULAN RAMADHAN [Satu]

Alhamdulillah... Bulan yang dinanti-nanti kehadirannya tiba jua. bersyukurlah kita ke Hadrat Allah s.w.t kerana telah dipertemukan kita dengan Bulan yang penuh keberkatan ini...

Buat sahabat-sahabiah sekalian, jom kita imbas kembali peristiwa-peristiwa besar yang berlaku di bulan Ramadhan ini untuk dikongsi bersama. jadikan ia sebagai peringatan.

Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam


BULAN DITURUNKAN AL KITAB
Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah.

Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

Cukup sekadar ini untuk kali ini. Sama-samalah kita fikir sambil berpuasa.
Wallah hu 'alam...


August 30, 2008

HADITH DARI ABU HURAIRAH R.A.

Di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim terdapat hadith dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya):


"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu bakar menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."


Di dalam kitab Musnad Imam Ahmad meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: (mafhumnya)

"Kalau sekiranya tidak kerana isteri-isteri dan anak-anak berada di dalam rumah mereka, nescaya aku bakar rumah mereka."


DALIL BUKTI SOLAT BERJEMAAH & SOLAT DI MASJID

Berulang kali Allah SWT menyebut Solat di dalam Al-Quran. Allah SWT meninggikan kedudukannya, Allah SWT memerintahkan agar memelihara dan melaksanakannya dengan berjemaah. Dan Allah SWT peringatkan bahawa meremehkan dan bermalas-malasan dalam melakukan solat berjemaah merupakan ciri orang-orang munafiq,
sebagaimana firman-Nya:
"Peliharalah segala solat(mu) dan peliharalah solat Wustha (yang di tengah-tengah yakni Asar). Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk". (Surah Al-Baqarah; Ayat 238)

Dan bagaimanakah kita ingin mengetahui sama ada kita memelihara solat ataupun tidak? Padahal kita telah meninggalkan solat berjemaah bersama-sama suadara-saudara lain dan menganggap remeh kedudukannya. Sedangkan Allah SWT telah berfirman:-
"Dan dirikanlah solat, tunaikan zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk. (Surah Al-Baqarah: Ayat 43)

Ayat di atas secara tegas menjelaskan kewajipan melakukan solat dengan berjemaah dan menyertai solat orang-orang yang solat; dan sekiranya yang dimaksud oleh ayat tersebut hanya menegakkannya saja, maka tidak jelaslah hubungan maksud pada hujung ayat ,"...dan rukuklah kamu bersama-sama orang-orang yang rukuk", kerana Allah telah memerintahkan agar menegakkannya pada awal ayat.

InsyaAllah.
Secebis Tazkirah, Segaris Tarbiyyah...
Allah hu 'alam.


August 15, 2008

TAWARAN MENJADI AHLI LEMBAGA PENGARAH BAGI SESI 2008/09

Tawaran untuk menjadi Ahli Lembaga Pengarah Surau Perdana Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail bagi sesi 2008/2009. Kepada individu-individu yang berminat dan sanggup untuk memberi komitmen, anda dijemput untuk menyertai kami. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Saudara Firdaus Ismail 013-7597907 atau Saudara Asyraf 013-7105142.


February 15, 2008

SAMBUTAN PROMIS '08 MEMBERANGSANGKAN

Assalamualaikum w.b.t. Pengurusan Surau Perdana KKTDI, mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih atas sokongan anda dalam menjayakan program-program kami. Teruskan sokongan anda dengan menjayakan semua sub-program dalam Program Akademi Surau 2008 (Promis'08). Sumbangan berbentuk idea, keringat, kewangan dan material amatlah dialu-alukan. Semoga sokongan anda akan memberi peluang dan ruang kepada kami untuk melangkah setapak lagi ke hadapan. Insya Allah.


February 4, 2008

MAJALAH PERMATA

Majalah surau pertama telah berjaya diterbitkan dan ia diberi nama sebagai Majalah Permata. Penyelaras bagi majalah ini ialah Saudara Nurul Helme b. Zulkipli yang juga merupakan Timbalan Setiausaha Penerbitan, Majlis Lembaga Pengarah Surau Perdana 07/08, dibantu oleh Pengarah Projek, Saudari Nur Farhana bt. Falil dan Timbalan Pengarah Saudara Huzaimi Abdul Ghafar. Majalah ini memberikan serba sedikit maklumat surau di samping menampilkan artikel-artikel hasil penulisan ahli lembaga pengarah surau. Diharapkan dengan kejayaan edisi pengenalan Majalah Permata ini akan memberi peluang dan ruang kepada wujudnya edisi kedua dan yang seterusnya. Penerbitan ini bukan sahaja dapat menyebarkan maklumat berkenaan surau malah ia juga bisa memberikan nilai tambah kepada surau dalam menjayakan misi dakwahnya. Di sini ingin dimaklumkan juga kepada semua ahli lembaga pengarah atau mana-mana individu yang berminat untuk menghantar artikel untuk Majalah Permata edisi kedua sila berhubung dengan Saudara Nurul Helme b. Zulkipli atau emailkan terus artikel kepada email surauperdana@yahoo.com


January 23, 2008

PROGRAM AKADEMI SURAU 2008









PENGENALAN AKADEMI SURAU 2008

Program Akademi Surau 2008 merupakan satu kesinambungan Program Mengimarahkan Surau 2007, ia masih lagi mengekalkan program-program asas di samping ditambah dengan beberapa aktiviti tambahan bagi mencapai objektif program ini. Program ini kelihatan lebih tersusun berbanding dengan Program Mengimarahkan Surau 2007. Tema program pada kali ini ialah, ‘Surau Untuk Semua’. Tema ini dipilih berikutan melandanya penyakit surauphobia dalam komuniti mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia kini. Penyakit ini semakin kronik dari hari ke hari. Mahasiswa kini menganggap surau hanyalah untuk golongan tertentu sahaja dan tidak merasakan ia merupakan tanggungjawab bersama untuk mengimarahkannya ataupun bersama-sama berusaha untuk menjayakan program-program surau.

Segelintir mahasiswa kini menganggap mengimarahkan surau adalah sesuatu yang jumud. Sebut mengenai surau akan kelihatan senyuman sinis di bibir mahasiswa yang bergelar Muslim. Pergi ke surau, mahasiswa mahupun mahasiswi berasa malu apabila diperli dan ditertawakan selain digelar 'mat surau' atau 'minah surau' dan seterusnya menjauhkan diri dari surau. Lebih malang lagi apabila mahasiswa kini berasa bangga untuk menyertai program-program sosial. Mereka lebih merasa selesa pergi ke konsert-konsert berbanding menyertai program-program berunsur Islamik.

Bagi mengatasi masalah ini, pendekatan secara berhikmah, tersusun dan sederhana digunakan bagi melahirkan rasa minat dan kesedaran tentang kepentingan dan tanggungjawab untuk mengimarahkan surau. Oleh itu bertitik tolak dengan usaha ini diharapkan dapat membawa satu pemahaman baru kepada mahasiswa dan mahasiswi khususnya yang menginap di Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail tentang kepentingan untuk bersama mengimarahkan surau.

BENTUK PROGRAM
Al-Kuliyyah (setiap Isnin selepas maghrib)
Edisi Tazkirah (setiap Selasa selepas maghrib)
Bicara Ilmu (setiap Rabu selepas maghrib)
Penghayatan Yasin (setiap Khamis selepas maghrib)
Bicara Iman (setiap Jumaat selepas maghrib)
Edisi Siswa (setiap Sabtu selepas maghrib)
Majlis Tadarus Al-Quran (setiap Ahad selepas maghrib)
Tabung Permata
Majalah Permata
Klinik Al-Quran

JAWATANKUASA PERLAKSANA PROGRAM AKADEMI SURAU 2008
Penasihat : Dr. Hussain b. Haji Othman
Penyelaras : Tarmizi b. Ramli
Penyelaras : Mohamad Huzaimi b. Abdul Ghafar
Pengarah : Mohamed Faizal b. Zainol
Timbalan Pengarah : Mohamad Firdaus b. Ismail
Timbalan Pengarah : Dzulkarnian b. Dimyati
Setiausaha : Fariedahanum bt. Zulkifli
Bendahari : Nik Azirah bt. Nik Hassain

Program Majlis Ilmu
Pengarah Al-Kuliyyah : Muhammad Fadhil b. Sh Anuar
Pengarah Edisi Tazkirah : Mohd Firdaus b. Ismail
Pengarah Bicara Ilmu : Dzulkarnain b. Dimyati
Pengarah Penghayatan : Yasin Mohd Faizal b. Che Mohd Husin
Pengarah Bicara : Iman Hairol b. Zol
Pengarah Edisi Siswa : Mohamad Huzaimi b. Abdul Ghafar
Pengarah Majlis Tadarus Al-Quran : Mohamad Asyraf b. Mustafa

Majalah Surau
Pengarah : Nor Farhana bt. Falil
Timbalan Pengarah : Mohamad Huzaimi b. Abdul Ghafar
Timbalan Pengarah : Shaharol b. Jamaharee

Pertandingan Klinik Al-Quran
Pengarah : Nik Azirah bt. Nik Hussain
Timbalan Pengarah : Noor Hidayah bt. Mohammaddan
Timbalan Pengarah : Nurul Helme b. Zulkipli

Tabung Permata
Pengarah : Mohamad Asyraf b. Mustafa
Timbalan Pengarah : Mohd Firdaus b. Ismail
Timbalan Pengarah : Nurul Helme b. Zulkipli


January 10, 2008

MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH KE 3 SESI 07/08

Tempat : Surau Perdana KKTDI
Masa : 9.10-10.00 malam (8.30-9.00malam solat isyak berjemaah)
Tarikh : 22 Januari 2008
Hari : Selasa
Agenda ringkas :
1. Pengisian rohani
2. Laporan ringkas ahli.
3. Perbincangan aktiviti surau.
4. Isu berbangkit

Kehadiran adalah wajib kepada semua ahli. Seandainya tidak dapat hadir sila maklumkan kepada pengerusi atau setiausaha untuk mendapat arahan selanjutnya. Semua ahli digalakkan untuk bersama-sama menunaikan Solat Isyak sebelum mesyuarat dijalankan.


December 28, 2007

SURAU: SATU REVOLUSI YANG MENOLEH

Mungkin ada pengertian yang lebih jauh dan subjektif yang boleh diberikan kepada surau daripada wadah penghambaan diri umat islam kepada Allah S.W.T semata-mata. Seperti juga masjid, surau juga sering digambarkan dengan aktiviti-aktiviti pemujaan yang pasif dan pemborosan emosi golongan eskapis dan reaksionis. Akhirnya surau diperlukan apabila monumen-monumen yang menghimpunkan mitos dan misteri. Juga ia jauh sekali menuntut sebarang sikap yang wajar daripada kita semua.

Sesungguhnya surau bukanlah rumah ibadat semata-mata, juga bukanlah terowong yang menyedut harapan-harapan utopia dan fantastik. Justeru surau seperti juga masjid, merupakan jantung Islam yang mengepam segala bentuk agenda Islamiah ke seluruh masyarakat Islam. Selain itu, surau adalah pusat rawatan bagi segala penyakit sosial yang kian hebat menyerang manusia hari ini. Jadi, daripada istilah surau yang hakikidan maknawi ini, dapatlah dkatakan bahawa rumah ibadat ini adalah simbol kekuatan umat Islam dalam satu horizon ruang dan waktu. Jikalau sesebuah surau itu makmur dalam ertikata mampu menghidupkan jemaah sembahyang fardu yang lima waktu itu, maka bolehlah ditebak bahawa masyarakat muslim yang mendiami horizon itu kuat de facto dari segi ubudiyyah kepada yang Maha Esa dan jalinan ukhwah Islamiah sesama muslim yang utuh.

Jadi, untuk memperkasakan surau pada tahap di atas, ia menuntut tanggungjawab yang bukan kepalang daripada kita. Tanggungjawab yang dituntut tidaklah terbatas kepada bentuk-bentuk tertentu, sebaliknya ia bergantung individu-individu dalam masyarakat yang didiami. Dan tanggungjawab itu bukanlah disandarkan kepada jawatan-jawatan yang tersedia dalam sesebuah organisasi sahaja. Ia seharusnya difahami sebagai komitmen umat dalam mengimarahkan masjid mahupun surau tersebut. Ini boleh dilakukan denga menghadirka diri untuk sembahyang fardu secara berjemaah. Sepertimana yang sedia maklum, solat fardu berjemaah di tempat azan diazankanmempunyai fadhilat dan hikmah yang banyak banyak sekali. Ianya melebihi solat persendirian sebanyak 27 kali ganda sebagai pencorak perwatakan muslim yang benar-benar unggul dala menghadapi ranjau di sepanjang jalan kehidupan.

Solat berjemaah merupakan simbol kepada sebarang bentuk persatuan di mayapada ini. Daripada imam kepada makmum, dapat diperhatikan bagaimana sebuah persatuan ideal bkerja dibawah lapisan strata yang sama. Apabila sang imam melakukan suatu rukun, maka sang makmum treus mengikuti perbuatan tersebut tanpa banyak soal. Di sana, wujud pertautan hati yang akhirnya jalinan-jalinan itu membentuk satu buhulan yang mustahil dipecahkan oleh kekuatan murahan makhluk-makhluk Allah S.W.T.

Solat berjemaah adalah roh kepada jasad Islam itu sendiri. Jadi kecemerlangan dalam bidang ini sekaligus mengimbaskan kegemilangan agama Islam. Dan alamat ini dapatlah dilihat pada rumah-rumah ibadat seperti masjid ataupun surau.

Namun, hujah-hujah diatas menjadi dogengan yang muluk-muluk dan retorika semata-mata apabila ianya dihamparkan pada realiti zaman moden yang ditandai dengan materialistik ini. Keghairahan dan keriuhan manusia dalam pesta gila mengejar keseronokan dan kepuasan inderawi selahapnya telah memapas gunung kepercayaan terhadap perkara-perkara yang bersifat metafizik dan transcendental khususnya agama. Agama bukan saja telah dipandang sepi, malah ianya ditenung dengan penuh perasaan curiga dan prasangka. Kenyataannya dapatlah dilihat pada hari ini iaitu agama dianggap penghambat kemajuan, kukubesi yang menindas pluralisme, dan paradoksialnya dianggap penyeru keganasan. Akhirnya simbol-simbol terutamanya masjid mahupun surau terus dianggap begitu statik dan hanya menunggu detik-detik kehancuran yang dibawa dewa-dewa maut yang digelar materialisme.

Jika diperpanjangkan akibat yang bakal dihadapi oleh manusia khususnya umat Islam, semestinya memahat masa dan ruang yang tidak sedikit. Juga artikulasi ini tinggal menjadi pemborosan semata-mata apabila tidak dikuntitkan dengan penyelesaian etika iaitu bagaimana sikap yang wajar disediakan wabak ini.

Sikap yang dituntut bukanlahdari individu-individu tertentu, sebaliknya kepada seluruh umat Islam. Dalam konteks mahasiswa seperti kita, apakah bentuk sumbangan yang diharapkan? Kalau tenaga yang ditagih, bagaimanakah bentuknya? Jika wang yang dipinta, berapakah jumlahnya? Andai masa yang didamda, berapakah tempohnya? Jawabnya, tentulah bukan itu ynag dituntut. Apa yang dituntut sebenarnya keseluruhan yang diatas! Ianya amat ringan kerana tanggungjawab ini ditebarkan kepada kaum muslimin yang kolektif.

Ini bermakna, setiap individu mempunyai tugas yang perlu dilangsaikan. Dan penyelesaian yang paling tipikal dan dituntut adalah menghadiri solat jemaah kerana ianya permulaan kepada segala bentuk revolusi. Revolusi yang dimaksudkan bukanlah evolusi mengubah sesuatu kepada bentuk yang baru, juga bukan revolusi yang menumpahkan darah; namun ia adalah perubahan dari sutu keadaan kepada keadaan yang lebih baik. Ini merupakan jihad ataupun hijrah. Revolusi ini ialah revolsi yang ingin mengambalikan umat islam kepada ajaran Islam, dan revolusi yang mengembaliakn Islam ke tingkatnya yang asli. Jadi, ia bukanlah revolusi yang meliberalkan Islam, sebaliknya ialah revolusi yang menoleh kearah keagungan Islam yang lampau ke dalam zaman sendiri.

Disini, penulis menyeru supaya kita semua dapat menyertai revolusi dengan menghadiri fardu solat-solat berjemaah di masjid ataupun di surau. Walhasil daripadanya bukan sahaja kepada islam auru surau atau masjid sahaja, malah ia turut memberi kesan kepada pelaksananya. Dengan kata lain, kemajuan dari revolusi ini bukanlah kepada subjeknya sahaja, malah objeknya turut merasakan faedah daripadanya iaitu mendapat keredhaan Allah S.W.T di dunia dan di akhirat. Insya Allah.

Oleh : Mohd Faizal b. Che Mohd Husin


December 3, 2007

HIDUP MANUSIA : VISI & MISI

Insan atau manusia merupakan antara salah satu daripada sekian banyaknya ciptaan Allah yang Maha Esa. Allah sebagai Al-Khaliq (pencipta) yang dengan ihsan dan kasih-sayangNya telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian dan sebagai tambahan Allah telah memberikan satu tugas khas hanya kepada manusia iaitu sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi. Manusia pula sebagai khalifah dan dalam masa yang sama sebagai hamba Allah mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk dipikul. Bukan sekadar mainan atau gurauan, jika sekiranya manusia memahami erti kata yang sebenar apakah tugas khalifah dan hamba sudah pasi manusia akan taat sepenuhnya perintah dan larangan Allah SWT.

Hidup satu perjalanan yang panjang. Dari alam roh kita berpindah ke alam rahim. Seterusnya ke alam dunia yang sedang kita hadapi dan akhir nanti tanpa dapat kita elakkan kita akan menempuhi alam kubur di mana kita akan ditemukan dengan Malaikat Munkar dan Nakir yang bertanyakan lima soalan dan destinasi akhir pastinya alam akhirat di mana pembalasan terhadap setiap perbuatan akan berlaku. Inilah sebenarnya matlamat hidup yang harus kita tuju dan ambil perhatian dari sekarang.

Alam roh dan alam rahim sudah kita tempuhi. Kita tidak mempunyai pengetahuan sedikit pun tentangnya kerana ia merupakan satu rahsia Allah yang sangat unik. Alam yang sedang kita tempuhi inilah yang mahu dibincangkan kerana alam ini akan menentukan nasib kita di destinasi terkahir nanti. Dunia tempat menyemai akhirat tempat menuai. Apa yang disemai akan diterima hasilnya di akhirat kelak. Jika semaian adalah Gred A maka Insyaallah tuaian juga adalah Gred A dan sebaliknya.

Manusia sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan akal fikiran. Dengan akal sepatutnya manusia mampu melihat, merenung, berfikir, bermuhasabah dan mengagumi keagungan yang Maha Esa. Tetapi yang berlaku pada zaman kini adalah sebaliknya. Di manakah letaknya akal yang dikurniakan Allah? Maksiat berlaku di mana-mana. Azan dilayan sebagai gangguan dan setaraf salakan anjing, solat umpama beban yang berat, pakaian lelaki dan perempuan kembali seperti zaman purba yang kekurangan kain, pemakaian tudung dianggap fesyen serta hanya dipakai pada majlis-majlis tertentu dan seribu satu macam gejala tidak bermoral yang membawa seribu satu masalah kepada masyarakat dan negara. Tidak ada cara lain untuk mengatasi masalah ini melainkan kembali kepada cara yag diajar oleh Islam. Jangan ragu-ragu lagi.

Jagalah solat kerana ia merupakan tiang agama dan perkara yang mula-mula dihitung di akhirat kelak. Jagalah masa kerana ia umpama pedang, jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita. Jagalah agama kerana hanya dengannya kita ada harapan dan peluang untuk merasa nikmat syurga. Jagalah hati kerana ia merupakan anggota yang mengawal seluruh pergerakan hidup sehari-hari. Jagalah maruah, peribadi dan akhlak kerana ia buah kepada keamanan dalam masyarakat. Jagalah nafsu kerana nafsu menyebabkan iman kita lemah.

Oleh : Mohd Firdaus b. Ismail


October 30, 2007

MAJLIS SOLAT HAJAT & SAMBUTAN AIDILFITRI 07'

TEMPAT : SURAU PERDANA KKTDI
HARI : SABTU / 3 NOVEMBER 2007
WAKTU : 7.00 - 9.00 MALAM
PENYERTAAN : TERBUKA KEPADA SEMUA

Tentatif Majlis :

7.00 malam : Azan Maghrib
7.05 malam : Solat Maghrib
7.20 malam : Solat Sunat
7.25 malam : Solat Hajat
7.45 malam : Tazkirah bersama Saudara Firdaus
8.00 malam : Azan Isyak
8.05 malam : Solat Isyak
8.30 malam : Majlis Jamuan Ringkas Aidilfitri (siswa & siswi)
9.00 malam : Bersurai

Sebarang pertanyaan sila berhubung, Fadhil (012-9662402), Noor Azira (013-7244919). Semua hadirin adalah digalakkan membawa makanan ringan untuk dikongsi bersama. Jamuan akan disediakan oleh pengurusan surau.


October 29, 2007

PROJEK WAKAF TEKNIKAL SURAU 08'

Surau melancarkan Projek Wakaf Teknikal Surau 08', di mana surau dengan ini menjemput mana-mana individu untuk menyumbangkan sumbangan rasmi berbentuk wang kepada pengurusan surau atau mewakafkan peralatan teknikal untuk seperti radio, komputer, printer, tv, LCD, pemanas air dan sebagainya untuk kegunaan surau.

Keperluan utama ialah radio. Kami mengalu-alukan pewakaf radio. Radio ini akan digunakan untuk memperdengarkan al-Quran atau kuliah-kuliah agama mahupun ilmiah atau yang difikirkan sesuai. Insya Allah akan diadakan sebelum subuh dan sebelum maghrib pada setiap hari. Sesungguhnya amatlah besar pahalanya bagi mereka yang mewakafkan peralatan teknikal ataupun menyumbangkan sejumlah wang untuk dikumpul dan digunakan untuk pembelian ini.

Seandainya terdapat baki kami akan gunakan untuk pembelian bahan teknikal lain atau digunakan untuk kegunaan surau yang lain. Sebarang pertanyaan dan sumbangan atau wakaf bagi menjayakan Projek Wakaf Teknikal Surau 08' ini bolehlah dibuat melalui Timbalan Pengerusi Pengurusan : Huzaimi 013-2767096. Untuk pengetahuan semua, pelbagai peralatan teknikal surau sebelum ini telah diwakafkan antaranya "air-cooler" dan "microphone". Pengurusan mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan tersebut.



October 26, 2007

SURAU : MOTIVASI PENGURUSAN STRATEGIK

Umumnya kita menyatakan bahawa kita dipilih untuk memimpin, bukan mendesak ahli untuk memilih kita memimpin. Sifat ini adalah suatu sifat yang sangat terpuji; kerana jawatan bukanlah sesuatu yang menjadi kebanggaan apatah lagi untuk merasa terhormat dengan jawatan yang disandang. Menyedari bahawa jawatan adalah amanah besar yang terpaksa dipikul di dunia, dan ia terpaksa pula menjawab dihadapan Allah di hari akhirat, maka selayaknya seseorang itu menangis dengan jawatan yang dipegangnya. Bukan menangisi bila ia tidak dipilih; bahkan kalaulah kita menyedari betapa beratnya amanah ini, nescaya kita akan mengucapkan 'terima kasih' kepada sahabat yang tidak memilihnya, kerana mereka telah menolong meringankan kita di hadapan Allah di akhirat.

Mari kita meneliti pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Abu Zar al-Ghifari yang datang memohon jawatan kepada Rasulullah s.a.w.;
"Wahai Abu Zar, kamu lemah sedangkan jawatan yang kamu minta ini adalah amanah. Dan dengannya (jawatan) kelak di hari akhirat kamu akan menyesal dan dukacita; melainkan kamu ambil kerana kamu layak memikulnya, dan kamu tunaikan pula amanah itu." Abu Zar adalah sahabat nabi yang pernah pengsan kerana takutkan Allah, jauh berbeza dengan kita hari ini. Sabdanya lagi: "Mana-mana pemimpin yang mengkhianati rakyatnya, maka ia di dalam neraka." (Riwayat Tabrani)

Sebenarnya terlalu banyak hadis yang sangat menggerunkan bagi orang yang memikul amanah, namun dikhuatiri akan tiada orang yang sanggup menerima jawatan yang diamanahkan kepadanya, maka memadailah dengan peringatan ini, menyebabkan ia takut untuk menerima jawatan yang diberi.

Antara menerima dan menolak amanah memimpin
Lalu ada yang bertanya kalau demikian, apakah kita harus biarkan jawatan disandang oleh orang yang tidak layak untuk menguruskan organisasi kita. Kita melihat tidak timbul soal tidak layak, kerana semua pendokong kepimpinan yang ada adalah mereka yang sangat layak memikulnya. Kita hanya memilih yang terbaik dari yang baik-baik, kerana itu sifat yang ada kepada kita adalah tidak melampau dalam mengharapkan jawatan untuk dimenangi, sehingga sekiranya kita tidak terpilih kita melakukan sesuatu diluar adab organisasi, sehingga tindakan kita tidak menguntungkan organisasi bahkan menyusahkan organisasi.

Kalau diperingkat awal kita menyatakan 'saya hanya menawar diri', apa makna kalau kita tewas atau tidak dipilih kita rasa kecewa, melarikan diri dari organisasi, mendiamkan diri, mengharapkan dalam hati agar yang menang gagal dan kerjanya, bahkan lebih malang lagi kita mengambil sikap memusuhi pesaing kita. Pendokong organisasi harus sedar dengan perangkap syaitan dan hawa nafsu yang sangat licik, untuk merosakkan dirinya dan menjauhkannya dari perjuangan Islam. Lantaran itu ucaplah tahniah kepada pesaing kita yang menang dan katakan kepadanya:
"Tahniah atas kejayaan saudara demi organisasi, dan saya akan bantu saudara dalam urusan ini". Kata-kata begini dan seumpamanya akan melemahkan hawa nafsu jahat dan mengecewakan syaitan dari merosakkan kita.

Jawatan bukan untuk direbut
Jawatan bukanlah sesuatu yang perlu direbut, tetapi menerima penyelesaian secara mesyuarat adalah baik. Sama ada untuk organisasi atau untuk diri penerima jawatan. Kita perlu menyedari bagaimana Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita:
"Sesiapa yang menghendaki jawatan, sedang organisasi tidak meredainya, maka ia tidak akan ditolongi Allah dalam mengatasi masalahnya, dan sesiapa yang menerima jawatan sedang organisasi mengharapkannya, maka Allah akan membantunya dalam segala urusannya." (mafhum dari Hadis Rasulullah s.a.w.)

Menerima kaedah mesyuarat bermakna redha dengan keputusan yang dibuat oleh organisasi ke atas diri kita, dan tidak dianggap redha seandainya kita meluahkan rasa kecewa di luar majlis itu. Demikian juga adalah malang bagi pimpinan seandainya menyatakan bangkangan kepada apa yang telah diputuskan oleh organisasi. Apa makna berada dalam organisasi seandainya kita tidak boleh redha dengan keputusan organisasi? Lebih malang lagi bilamana kita merasa bahawa kita lebih penting dari organisasi atau merasai organisasi akan lemah kerana tiadanya kita.

Tidak boleh lari dari amanah
Menolak sesuatu jawatan yang diamanah juga merupakan suatu yang bertentangan dengan sifat organisasi. Seseorang pendokong organisasi hendaklah meletakkan kepentingan organisasi lebih dari kepentingan dirinya dan keluarganya, kerana itu ia tidak boleh lari dari menerima jawatan yang diamanah kepadanya. Kita bukan berhadapan dengan budaya merebut jawatan, sebaliknya kita berhadapan dengan sikap ahli yang tidak mahu menerima jawatan. Sikap ini juga tidak membantu organisasi dalam membina kekuatan. Terkadang sikap ahli dan sebahagian pendokong organisasi yang enggan menerima jawatan diamanahkan kepadanya, menyebabkan timbul dua keadaan iaitu yang pertama, organisasi kehilangan tenaga yang berwibawa, dan keadaan ini melambatkan kejayaan dalam perjuangan Islam. Kedua, tindakannya mendedahkan organisasi kepada fitnah, sama ada akan ada yang menganggap jamaah membelakangkan orang yang dianggap layak; atau ia menjadi golongan yang suka mengkritik kelemahan organisasi. Kerana mereka yang berada diluar padang sangat senang mengkritik pemain yang bermengah-mengah di tengah padang.

Melihat situasi organisasi surau kini, dimana ahli diminta untuk tidak melarikan diri dari jawatan dan amanah seandainya organisasi mengharapkannya dan tiada yang lain darinya. Kerana zalim bukan sahaja meletakkan bebanan kepada yang tidak mampu, sebaliknya memberi kepada yang tidak layak juga adalah zalim. Kepada yang bukan ahli, usahlah terus meletakkan diri sebagai pemerhati untuk selama-lamanya. Kerana kehadiran dan dokongan kalian yang bisa memotivasikan ahli surau untuk terus berkhidmat dan menyumbangkan bakti secara tidak langsung sama ada kepada diri atau masyarakat.

Susunan oleh : Mohamed Faizal b. Zainol


SURAU : SATU PENJENAMAAN SEMULA

Bila bicara berkenaan kejuruteraan pasti kita tak bisa memisahkan antaranya dengan penyelidikan dan pembangunan. Hasil penyelidikan dan pembangunan maka terhasillah rekabentuk terbaru. Lantas pabila konsep ini dikaitkan dengan realiti surau pada masakini, maka wujudnya satu keperluan untuk menjenamasemulakan surau berpaksikan konsep penyelidikan dan pembangunan agar memenuhi kehendak mahasiswa yang lazimnya menginginkan kelainan dalam penterjemahan aktiviti-aktiviti surau tanpa membatasi prinsip-prinsip Islam.

Imej surau lazimnya dikaitkan hanya melibatkan aktiviti spiritual semata-mata haruslah dinafikan dengan penjenamaansemula ini, sesuai dengan peredaran dan kehendak semasa. Selaras dengan itu, pengurusan surau dengan penuh rasa insaf telah merangka 5 asas penjenamaansemula surau bagi memastikan mesej penjenamaan semula itu dapat diterjemahkan dalam lisan dan tindakan dengan jelas. Antara lima asas tersebut ialah penstrukturan semula organisasi dengan mewujudkan jawatan-jawatan yang lebih spesifik, mewujudkan pelan strategik surau untuk dijadikan agenda utama organisasi, menampilkan muka-muka baru dalam organisasi yang mewakili pelbagai latar belakang, membahagikan tanggungjawab berdasarkan kesesuaian individu agar bisa menterjemahkan hasil kerja terbaik dan memperkenalkan disamping memperkasakan semula aktiviti-aktiviti surau secara lebih sistematik.

Banyak aktiviti kemahasiswaan sewajarnya menjadikan surau sebagai pusatnya. Sebagai contoh diskusi akademik, diskusi ilmiah, aktiviti keusahawanan, permainan yang bersesuaian, kempen-kempen dan sebagainya boleh memanfaatkan surau selagi tidak bercanggah dengan syarak. Insya Allah berdasarkan 5 asas tersebut pengurusan surau menyeru seluruh mahasiswa atau pengurusan organisasi yang lain dapat membantu dan bersama-sama surau dalam menjayakan misi ini dengan secara bersama mengajurkan aktiviti-aktiviti yang memusatkan surau sebagai pusat utama.

Pendekatan mesra mahasiswa juga akan cuba diterapkan dengan menonjolkan imej surau untuk semua selaras dengan tema surau. Pengurusan akan terus menerima teguran, kritikan dan pandangan daripada semua pihak disamping mengalu-alukan kerjasama dan bantuan idea, tenaga juga kewangan dalam menterjemahkan segala gagasan suci ini semata-mata kerana Allah.

Segala abstraksi dan teori ini hanya akan terus kekal sebagai konsep semata-mata tanpa pasukan perlaksanaan yang mantap disamping tanpa mendapat dokongan dan sokongan daripada mahasiswa-mahasiswa, individu-individu dan organisasi-organisasi berkaitan dan juga pengurusan universiti. Oleh yang demikian saya menyeru pada semua agar kita sama-sama berganding bahu dalam menjayakan misi dan visi surau tanpa mengharapkan pujian, penghargaan dan balasan melainkan keredhaan Allah s.w.t.

Oleh : Mohamed Faizal b. Zainol


October 10, 2007

TAZKIRAH TARAWIH 07'

Setiap hari sepanjang bulan Ramadhan 07, ini Surau Perdana KKTDI telah mengadakan Tazkirah Tarawih yang dijalankan berselang antara 4 rakaat solat tarawih awal dan akhir. Tazkirah disampaikan oleh sukarelawan yang berminat tanpa melimitasikan tajuk dan pendekatan tazkirah. Turut menyampaikan tazkirah ialah Dzulkarnain, Shahrimi, Firdaus, Majid, Omar, Hairol, Faizal dan Fadhil. Semoga dikalangan jemaah akan mendapat serba sedikit manfaat atas tazkirah yang diberikan. Pengarah Program bagi Tazkirah Tarawih 07' ini ialah Dzulkarnain b. Dimyati dan dibantu oleh Hairol b. Zoll.


TADARUS AL-QURAN 07

Sepanjang bulan Ramadhan al-Mubaruk, Surau Perdana menganjurkan Majlis Tadarus Al-Quran, pada setiap hari bermula hari pertama Ramadhan. Rundingan bersama Ketua Pusat Islam, Ustaz Hj Hussein b. Junoh dan Ustaz Hj Baharudin b. Yaman, pada 14 September 2007 lalu telah membuahkan beberapa hasil antaranya. Kesemua peserta tadarus akan diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan bertempat di Masjid Universiti, dimana setiap peserta tadarus dianugerahkan sijil khatam Al-Quran. Majlis telah diadakan pada 3hb Oktobor 2007 selepas solat asar dan seterusnya diikuti dengan Majlis Berbuka Puasa beramai-ramai disamping menunaikan solat tarawih secara berjemaah.


October 7, 2007

MAJLIS BERBUKA PUASA 07'










Biro Kerohanian telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Surau Perdana Kolej Kediaman Tun Dr Ismail. Sambutan amat menggalakkan. Diharapkan penganjuran sebegini akan diteruskan dari masa ke semasa tanpa melimitasikan hanya kepada bulan ramadhan semata-mata.


October 5, 2007

TABUNG PERMATA

Tabung Permata adalah projek terbaru Surau Perdana KKTDI, ia merupakan projek lanjutan kepada Tabung Raudhah yang telah dijalankan sebelum ini. Jika dahulu hanya memiliki 2 tabung. Kini Surau telah menambahkan jumlah tabung menjadi 7 buah tabung. Pengurusan surau telah mengadakan rundingan ringkas bersama pengusaha cafe, dobi dan koperasi Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail untuk mendapat keizinan menumpangkan ruangan untuk meletakkan tabung di premis mereka. Alhamdulillah mereka telah memberi persetujuan disamping sokongan yang sewajarnya.

Diharapkan kewujudan tabung ini dapat memberi peluang dan ruang termudah juga terdekat kepada mahasiswa KKTDI untuk menyumbangkan sedekah untuk Surau Perdana. Kami menyediakan ruang manakala mahasiswa menggunakan peluang ini untuk beramal dan berbakti. Insya Allah sama-sama kita memperolehi hikmah sesuai dengan kehendak Islam yang menggalakkan amalan bersedekah.


October 1, 2007

MAJLIS GOTONG ROYONG SURAU PERDANA 07'









4 Oktober 2007, Surau Perdana telah mengadakan majlis gotong-royong untuk memindahkan semula kelengkapan surau dari Dewan Aktiviti ke Surau. Majlis dijalankan selepas Solat Tarawih.


September 17, 2007

KLINIK AL-QURAN 07

Rundingan antara pengurusan Surau Perdana KKTDi dan Pusat Pengajian AlQuran Sharawi telah berjaya mengilhamkan program usahasama yang dinamakan Klinik alQuran. Program ini bakal menjadi kesinambungan kepada Program Tadarus alQuran anjuran Surau Perdana KKTDi.

Sesi pengajian
Sesi A Isnin 8.00-10.00 pagi
Sesi B Khamis 8.00-10.00 pagi
Sesi C Sabtu 7.30-9.30 malam
Sesi D Ahad 4.00-6.00 petang

Informasi pengajian
Pengajian secara perseorangan bukan berkumpulan. Sesuai kepada individu yang baru mula belajar mengaji atau ingin memperbaiki bacaan atau ingin mendalami ilmu tajwid. Kira-kira 15 minit diperuntukkan untuk seorang individu mengaji. Datang awal, ngaji awal dan balik awal. Jadual boleh dipilih mengikut kesesuaian.

Tempat
Pusat Pengajian Al-Quran As-Sharawi (tingkat atas 7 eleven Parit Raja)

Sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui
Ustaz Rahim 019-7411734


JADUAL BERTUGAS & KEBERSIHAN SURAU

ISNIN
Fadhil & Faizal zainol

SELASA
Nurul Helme & Firdaus

RABU
Dzulkarnain & Fariedahanum

KHAMIS
Shahrol & Faizal CMH

JUMAAT
Hairol & Hidayah

SABTU
Huzaimi & Farhana

AHAD
Asyraf & Nik Azirah


SKOP TUGASAN


melipatkan sejadah, mengemas dan membersihkan surau.
memastikan surau berada dalam keadaan sempurna.
menyelia aktiviti yang dijalankan di surau sepanjang hari tersebut.


September 16, 2007

PELAN AKTIVITI SURAU 08'

AL-KULIYYAH
setiap Isnin selepas maghrib
bersama Fadhil

EDISI TAZKIRAH
setiap Selasa selepas maghrib
bersama Firdaus

EDISI ILMU
setiap Rabu selepas maghrib
bersama Dzulkarnain

EDISI PENGHAYATAN YASIN
setiap Khamis selepas maghrib
bersama Faizal Che Husin

BICARA IMAN
setiap Jumaat selepas maghrib
bersama Hairol Zoll

EDISI SISWA
setiap Sabtu selepas maghrib
bersama Huzaimi

MAJLIS TADARUS AL-QURAN
setiap Ahad selepas maghrib
bersama Asyraf


PROGRAM DAN AKTIVITI KHAS

Tabung Permata penyelaras asyraf
Projek Teknikal Surau penyelaras huzaimi
Majlis Taklim Harian (selepas subuh) penyelaras fadhil
Majlis Berbuka Puasa Bersama Surau penyelaras firdaus
Klinik Al-Quran penyelaras faizal zainol
Majalah Permata penyelaras farhana
Pertandingan Mencipta Logo penyelaras nik azirah


PELAN STRATEGIK SURAU 07'

Visi : Menjadikan Surau Perdana Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail sebagai surau contoh diantara surau-surau kolej kediaman dalam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bagi mewujudkan persaingan sihat disamping mampu mempertingkatkan imej Islam melalui dimensi organisasi dan pentadbiran kerana Allah s.w.t.

Misi : Membangunkan dan menyediakan sistem juga suasana surau yang kondusif ke arah menghasilkan surau yang mampu menarik pelbagai latarbelakang untuk bersama mengimarahkan surau dan secara langsung melahirkan modal insan yang kreatif, berinovatif, berdaya saing serta berakhlak melalui kewujudan lembaga pengarah surau dalam usaha menjayakan visi surau.

Matlamat Organisasi : Mewujudkan sebuah organisasi Surau Perdana Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail yang berkonsepkan keluarga sesuai dengan konsep persaudaraan Islam, dimana setiap ahli lembaga pengarah diibaratkan sebagai sebuah keluarga yang saling bekerjasama, bantu-membantu, nasihat-menasihati, tegur-menegur dan berkasih sayang atas dasar kejujuran, keikhlasan kerana Allah s.w.t. dan diterjemahkan dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh organisasi.

Objektif Organisasi : Menjana pemikiran kreatif dikalangan ahli lembaga pengarah untuk merancang, merangka dan menganjurkan aktiviti sama ada bergerak secara berkumpulan atau tanpa perlu bergerak secara kumpulan meliputi aspek penerbitan, dakwah, sukan, akademik, multimedia dan komunikasi.

Konsep Organisasi : Menjadikan aktiviti berorganisasi sebagai satu ibadah kerana Allah, dimana setiap saat dalam menjalankan aktiviti bersama Surau Perdana KKTDI sama ada dalaman atau luaran, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung berpaksikan niat kerana Allah s.w.t. Dimana setiap aktiviti yang dijalankan tidak mensasarkan pujian, penghargaan, balasan dan ucapan terima kasih melainkan keredhaan Allah s.w.t.

Tema :Surau Untuk Semua


September 14, 2007

MAJLIS LEMBAGA PENGARAH 07/08

SURAU PERDANA KOLEJ KEDIAMAN TUN DR. ISMAIL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA





Ustaz Dr. Hussain b. Othman
Penasihat
013-7792367





Tarmizi b. Ramli
Penyelaras
013-7548775





Mohamed Faizal b. Zainol
Pengerusi
013-7599609




Muhamad Huzaimi b. Abdul Ghafar
Timbalan Pengerusi Pengurusan
013-2767096





Mohd Faizal b. Che Mohd Husin
Timbalan Pengerusi Kerohanian
017-9606690





Nor Farhana bte Falil
Timbalan Pengerusi Penerbitan
017-6198801






Fariedahanum bt. Zulkifli
Setiausaha
012-9379480





Nur Hidayah bt. Mohammaddan
Timbalan Setiausaha Pengurusan
012-4550160






Mohd Firdaus b. Ismail
Timbalan Setiausaha Kerohanian
017-2410840







Nurul Helme b. Zulkipli
Timbalan Setiausaha Penerbitan
019-5421108





Mohamad Ashraf b. Mustafa
Pengarah Kewangan
017-9227991





Dzulkarnain b. Dimyati
Pengarah Strategik
012-9662402






Nik Azirah bt. Nik Husain
Pengarah Kreatif
012-9662402





Muhammad Fadhil b. Sh Anuar
Pengarah Kebajikan
012-9662402





Hairol b. Zoll
Pengarah Pendakwahan
013-8723160





Shaharol b. Jamaharee
Pengarah Publisiti
012-5588595