March 4, 2010

MEMIMPIN ERA REVOLUSI?

Pada 3 Mac 2010 telah diadakan Mesyuarat Khas Pemantapan Surau Perdana UTHM dan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat KKTDI bertempat di Bilik Pengetua KKTDI. Mesyuarat dihadiri oleh Pengetua KKTDI, Ketua BKE KKTDI, Pengerusi Surau Perdana UTHM, mantan Pengerusi Surau Perdana UTHM dan dua ahli Lembaga Pengarah Surau Perdana UTHM. Hasil daripada mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk :

1. Satu Majlis Sambutan Maulidur Rasul akan dijalankan secara usahasama antara Pengurusan KKTDI, JKK KKTDI dan Pengurusan Surau Perdana UTHM pada 16 Mac 2010 bertempat di Dewan Aktiviti Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, UTHM. Majlis ini akan mengundang Ustaz Hisyam (Fakulti Sains Sastera dan Warisan, UTHM) sebagai penceramah bermula jam 7.30 malam sehingga 9.00 malam. Sesi Jamuan Makan bersama Pengetua KKTDI akan diadakan dipenghujung Majlis. Majlis terbuka kepada seluruh Warga Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail.

2. Memindahkan kedudukan asal Surau Perdana UTHM ke Dewan Aktiviti KKTDI bagi memenuhi kehendak mahasiswi KKTDI yang menginginkan surau khas untuk mereka. Pemindahan ini menjadikan lokasi Surau Perdana lebih strategik berbanding kedudukan sekarang, dimana ia terletak ditengah-tengah KKTDI dan KKTF. Dengan ini dapat memberi ruang dan peluang kepada mahasiswi KKTDI untuk sama-sama mengimarahkan Surau Perdana UTHM.

3. Pengetua telah mencadangkan agar Pengerusi Surau Perdana UTHM dilantik menjadi Pembantu Felo bagi memantapkan lagi Pengurusan KKTDI dan dalam masa yang sama memperkasakan lagi Surau Perdana UTHM dan secara tidak langsung BKE KKTDI.

Ini menunjukkan komitmen yang sangat tinggi yang oleh Pengetua KKTDI dalam memperkasakan lagi KKTDI dengan cara menekankan lagi proses pemantapan Surau Perdana UTHM. Pengurusan Surau Perdana UTHM mengucapkan jutaan penghargaan dan tahniah kepada Pengetua diatas gagasan dan komitmen yang ditunjukkan. Kami seluruh warga KKTDI terutamanya ahli-ahli Surau Perdana UTHM mendokong dan menyokong penuh cadangan yang telah dikemukakan dan kami dengan berbesar hati sedia memberi kerjasama sedaya yang termampu.