October 5, 2007

TABUNG PERMATA

Tabung Permata adalah projek terbaru Surau Perdana KKTDI, ia merupakan projek lanjutan kepada Tabung Raudhah yang telah dijalankan sebelum ini. Jika dahulu hanya memiliki 2 tabung. Kini Surau telah menambahkan jumlah tabung menjadi 7 buah tabung. Pengurusan surau telah mengadakan rundingan ringkas bersama pengusaha cafe, dobi dan koperasi Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail untuk mendapat keizinan menumpangkan ruangan untuk meletakkan tabung di premis mereka. Alhamdulillah mereka telah memberi persetujuan disamping sokongan yang sewajarnya.

Diharapkan kewujudan tabung ini dapat memberi peluang dan ruang termudah juga terdekat kepada mahasiswa KKTDI untuk menyumbangkan sedekah untuk Surau Perdana. Kami menyediakan ruang manakala mahasiswa menggunakan peluang ini untuk beramal dan berbakti. Insya Allah sama-sama kita memperolehi hikmah sesuai dengan kehendak Islam yang menggalakkan amalan bersedekah.

Berita berkenaan Tabung Permata Fasa II sila klik disini >Tabung Permata Fasa II< dan kepada yang berminat untuk menempah tabung atau barang-barang berkaitan besi bolehlah menghubungi Penasihat Tabung Surau Perdana UTHM, Wak Ali Tukang Besi, 019-7654532