December 7, 2010

Tabung Permata Dirosakkan?

 
Pihak Pengurusan Surau Perdana UTHM melahirkan kekesalan diatas perbuatan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang bertindak merosakkan Tabung Permata dan dalam masa yang sama mencuri segala wang yang terdapat didalamnya. Untuk maklumat semua, keempat-empat tabung utama Tabung Permata telah dipecahkan. Ini sesuatu yang amat mendukacitakan. Pihak kami masih mengumpul idea dan pandangan untuk mengatasi masalah ini dan dalam masa yang sama memikirkan idea terbaik untuk mengelakkan kejadian ini berlaku lagi. 

Pihak kami sedia menerima idea dan pandangan untuk penambahbaikan Tabung Permata ini agar ianya dapat berfungsi semula dengan keadaan yang lebih selamat, ideal dan fleksibel. Sebarang cadangan boleh terus dikemukakan kepada Pihak Pengurusan Surau Perdana UTHM ataupun Penasihat Tabung Permata (merangkap Pemilik Workshop Fabrikasi Parit Jelutong) Wak Ali, 019-7654532. Proses penambahbaikan mungkin memakan masa yang agak lama berikutan faktor kos pembaikpulihan dan kos penambaibaikan bagi meningkatkan lagi aspek-aspek keselamatan.

Sebarang sumbangan derma yang ingin dibuat kepada Tabung Permata bolehlah dibuat terus melalui dua lagi Tabung Permata yang berfungsi seperti biasa dimana ianya diletakkan di dalam Pusat Dobi KKTDI dan Kedai Koperasi KKTDI. Sumbangan derma daripada warga UTHM adalah amat dialu-alukan. Semoga Tabung Permata akan semakin mantap dari masa ke semasa agar objektifnya untuk menjana sumber kewangan rasmi kepada Surau Perdana UTHM dapat direaliasikan dan seterusnya menjayakan misi dan visi Surau Perdana UTHM melalui perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada warga UTHM.