August 10, 2010

Ramadhan mengajak ummat melakukan Transformasi

Pada 9 Ogos 2010, Isnin jam 8.30 malam bertempat di Dewan Aktiviti Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, satu pembentangan dan ceramah bertajuk "Ramadhan : Bulan Transformasi Diri" sempena pelancaran Ihya Ramadhan KKTDI anjuran Surau Perdana KKTDI dengan kerjasama Biro Kerohanian & Etika telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Syaari B Ab Rahman, Senior Motivator I.P Minda Sdn Bhd Training & Consultancy.

Ceramah yang disampaikan dengan penuh bertenaga oleh ustaz Syaari tersebut begitu memukau hadirin yang datang. Ditambah pula dengan pembentanagnnya yang sangat santai dan menggunakan klip-klip video serta slide yang menarik.

Majlis sebelum itu telah dirasmikan oleh saudara Zulhisyam Firdaus B Ahmad, selaku Pengerusi Biro Kerohanian & Etika KKTDI yang mewakili Dr. Khairul Azman B Mohd Suhaimy iaitu Pengetua Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail yang terpaksa bergegas ke Kuala Lumpur. Antara yang turut bersama ialah Pengerusi Surau Perdana KKTDI, Saudara Muhd Syafiq B Mat Jap yang mewakili Pengarah Program Ihya' Ramadhan KKTDI 1431H iaitu saudara Mohd Izham B Ibrahim. Beliau turut menyampaikan sepatah dua kata. Selain itu Pengerusi Kelab Iqra' UTHM, Saudara Muhammad Faridz B Ismail.  Selain itu juga, NYDP1 dan NYDP2 Majlis Perwakilan Pelajar UTHM, Moh Hadi Abd Rahman & Mohd Fauzi B Mohd Ali turut dilihat berada bersama di kalangan para hadirin.

Majlis Disudahi dengan solat fardhu Isya' secara berjemaah di dewan aktiviti KKTDI.

Berikut adalah bingkisan dari ceramah yang disampaikan ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman