March 16, 2011

Ibrah Di Sebalik Tsunami

January 5, 2011

Jemputan Ke Majlis Bacaan Yasiin Bersama Pengetua

December 7, 2010

Tabung Permata Dirosakkan?

 
Pihak Pengurusan Surau Perdana UTHM melahirkan kekesalan diatas perbuatan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang bertindak merosakkan Tabung Permata dan dalam masa yang sama mencuri segala wang yang terdapat didalamnya. Untuk maklumat semua, keempat-empat tabung utama Tabung Permata telah dipecahkan. Ini sesuatu yang amat mendukacitakan. Pihak kami masih mengumpul idea dan pandangan untuk mengatasi masalah ini dan dalam masa yang sama memikirkan idea terbaik untuk mengelakkan kejadian ini berlaku lagi. 

Pihak kami sedia menerima idea dan pandangan untuk penambahbaikan Tabung Permata ini agar ianya dapat berfungsi semula dengan keadaan yang lebih selamat, ideal dan fleksibel. Sebarang cadangan boleh terus dikemukakan kepada Pihak Pengurusan Surau Perdana UTHM ataupun Penasihat Tabung Permata (merangkap Pemilik Workshop Fabrikasi Parit Jelutong) Wak Ali, 019-7654532. Proses penambahbaikan mungkin memakan masa yang agak lama berikutan faktor kos pembaikpulihan dan kos penambaibaikan bagi meningkatkan lagi aspek-aspek keselamatan.

Sebarang sumbangan derma yang ingin dibuat kepada Tabung Permata bolehlah dibuat terus melalui dua lagi Tabung Permata yang berfungsi seperti biasa dimana ianya diletakkan di dalam Pusat Dobi KKTDI dan Kedai Koperasi KKTDI. Sumbangan derma daripada warga UTHM adalah amat dialu-alukan. Semoga Tabung Permata akan semakin mantap dari masa ke semasa agar objektifnya untuk menjana sumber kewangan rasmi kepada Surau Perdana UTHM dapat direaliasikan dan seterusnya menjayakan misi dan visi Surau Perdana UTHM melalui perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada warga UTHM.

August 27, 2010

Wacana : Mahasiswa Merdeka (28 OGOS 2010)

August 10, 2010

Ramadhan mengajak ummat melakukan Transformasi

Pada 9 Ogos 2010, Isnin jam 8.30 malam bertempat di Dewan Aktiviti Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, satu pembentangan dan ceramah bertajuk "Ramadhan : Bulan Transformasi Diri" sempena pelancaran Ihya Ramadhan KKTDI anjuran Surau Perdana KKTDI dengan kerjasama Biro Kerohanian & Etika telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Syaari B Ab Rahman, Senior Motivator I.P Minda Sdn Bhd Training & Consultancy.

Ceramah yang disampaikan dengan penuh bertenaga oleh ustaz Syaari tersebut begitu memukau hadirin yang datang. Ditambah pula dengan pembentanagnnya yang sangat santai dan menggunakan klip-klip video serta slide yang menarik.

Majlis sebelum itu telah dirasmikan oleh saudara Zulhisyam Firdaus B Ahmad, selaku Pengerusi Biro Kerohanian & Etika KKTDI yang mewakili Dr. Khairul Azman B Mohd Suhaimy iaitu Pengetua Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail yang terpaksa bergegas ke Kuala Lumpur. Antara yang turut bersama ialah Pengerusi Surau Perdana KKTDI, Saudara Muhd Syafiq B Mat Jap yang mewakili Pengarah Program Ihya' Ramadhan KKTDI 1431H iaitu saudara Mohd Izham B Ibrahim. Beliau turut menyampaikan sepatah dua kata. Selain itu Pengerusi Kelab Iqra' UTHM, Saudara Muhammad Faridz B Ismail.  Selain itu juga, NYDP1 dan NYDP2 Majlis Perwakilan Pelajar UTHM, Moh Hadi Abd Rahman & Mohd Fauzi B Mohd Ali turut dilihat berada bersama di kalangan para hadirin.

Majlis Disudahi dengan solat fardhu Isya' secara berjemaah di dewan aktiviti KKTDI.

Berikut adalah bingkisan dari ceramah yang disampaikan ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman





August 5, 2010

Ramadhan : Bulan TRANSFORMASI Diri

May 12, 2010

PELANCARAN TABUNG PERMATA FASA III


Dengan rasminya Kempen Jom Sedekah Surau Perdana UTHM dilancarkan oleh Penasihat Tabung Permata Surau Perdana UTHM, Wak Ali. Sebagai simbolik Pengerusi Surau Perdana UTHM, Mohd Faizal b. Che Mohd Husin menyampaikan sebuah poster sebagai tanda penghargaan terhadap khidmat nasihat, rekabentuk dan kerjasama yang dilakukan sepanjang menjalankan Kempen Jom Sedekah ini terutamanya dalam urusan penyediaan tabung. Dikesempatan ini pihak pengurusan Surau Perdana UTHM juga mengalu-alukan kepada mana-mana individu atau organisasi yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan/tempahan merekabentuk tabung berasaskan besi/galvani atau apa juga perkhidmatan yang berkaitan perkhidmatan rekabentuk dan workshop besi bolehlah terus merujuk kepada Wak Ali yang juga merupakan pemilik Workshop Fabrikasi Parit Jelutung melalui 019-7654532. Untuk arkib berita Tabung Permata Fasa I dan Tabung Permata Fasa II.

May 3, 2010

PROGRAM KLINIK AL-QURAN BERSAMA ABE MEY

Surau Perdana UTHM sekali lagi menganjurkan Program Klinik Al-Quran 2010 dengan pendekatan baru. Pengarah Program ialah Zuhariman Yaacob dan Guru Pengajar Al-Quran Al-Fadhil Ustaz Rahim.

Program : Klinik Al-Quran 2010
Masa : 8.00 - 9.00 malam
Hari : Setiap Sabtu dan Ahad (boleh dirunding)
Tempat : Pusat Al-Quran Assha'rawi (atas 7eleven, Parit Raja)
Yuran : RM40 sebulan (boleh dirunding)
Anjuran : Surau Perdana UTHM dan Pusat Pengajian Al-Quran Assha'rawi



Untuk keterangan lanjut sila hubungi Al-Fadhil Ustaz Rahim, Pengarah Pusat Al-Quran Assha'rawi 016-7442358 atau Zuhariman Yaacop, Pengarah Program Klinik Al-Quran, Surau Perdana UTHM. Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas dan maklumat berkenaan Pusat Pengajian Al-Quran Assha'rawi >klik disini< Seluruh warga UTHM dan Parit Raja adalah dijemput untuk bersama-sama menjayakan program ini bermula dari sekarang! Jom daftar segera!


April 6, 2010

BICARA IMAN : MENANGISLAH SEPUAS-PUASNYA

Susunan oleh : Mohd Nazri b. Mohd Riffin
(Penasihat Kerohanian Surau Perdana UTHM)

Ketika kanak-kanak,
menangisku kerana haus dan lapar..
menangisku kerana inginkan belaian hangat ibu ditubuhku,
menangisku kerana inginkan barang permainan,
menangisku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa.


Ketika usiaku menjangkau awal remaja,
menangis ku kerana rakan-rakanku,
menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku,
menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta,
menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan,
menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan jejaka,
menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaanNya.


Ketika usiaku menginjak dewasa,
aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan, menuntut seluruh kosentrasiku, memerah keringatku,


Menangis aku kerana anak-anakku,
menangis ku kerana isteri atau suamiku,
menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang sempurna,
menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan harta benda kepada keluargaku.


Ketika usiaku berada dipenghujung..
aku menangis kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku,
menangis aku kerana kesihatanku yang sudah mula merosot,
menangis aku kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku, berkhidmat untuk keluarganya,
menangis aku kerana jarum silih berganti menusuk kulitku,
menangis aku kerana aku bakal meninggalkan dunia, sedangkan aku masih belum menangis kerana aku lalai pada perintahNya!!


Mungkin kita tergolong dalam salah satu rentetan usia tersebut.. kita sentiasa menangis untuk perkara-perkara remeh meliputi hal-hal duniawi... tapi kita selalu alpa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal Yang Maha Esa, kita sibuk mengumpul ilmu serta harta dunia, sehingga kita lupa untuk menangis atas kurangnya harta serta saham untuk alam abadi kelak.


Kita menangis kerana hilangnya cinta pada kekasih, isteri atau suami serta anak-anak, tetapi kita alpa untuk menangis atas Kehilangan Nikmat Iman Serta Kasih Allah Kepada Kita. Kita menangis kerana kecacatan fizikal yang diberi Ilahi, namun kita gagal untuk menangis tanda syukur, atas nikmat lain yang diberi tanpa meminta secebis balasan sekalipun..


Renung-renungkanlah.. saya mengingatkan diri saya yang selalu lupa, untuk menangis keranaNya.. sebagai panduan kita bersama..

April 3, 2010

bersama Mantan Pengerusi Surau Perdana UTHM

March 26, 2010

KEMPEN JOM SEDEKAH


>klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas<

March 24, 2010

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA 2010


sempena
peperiksaan akhir semester,
menjauhkan musibah dan kecurian
serta memohon kesejahteraan

Tempat : Dewan Aktiviti KKTDI
Masa : 7.30 malam
Tarikh : 28.3.2010 dan 4.4.2010
Hari : Ahad
Jemputan :
Seluruh muslimin dan muslimat
Anjuran : Surau Perdana UTHM

March 22, 2010

PROSEDUR DAN BACAAN : SOLAT HAJAT, MENGURUS RASUKAN MAKHLUK HALUS DAN PENDINDING DIRI, RUMAH SERTA HARTA BENDA

Surau Perdana UTHM mengucapkan jutaan terima kasih kepada juruscan dan penyumbang prosedur dan bacaan yang dipaparkan dibawah :

Juruscan
: Pala Albuqeriki

(Nama sebenar : Mohamad Fahmi b. Tahir)
Penyumbang : Dr. Habibah
(Pensyarah : Fakulti Seni, Sains dan Warisan, UTHM)


|klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas|


March 13, 2010

MESYUARAT KHAS LEMBAGA PENGARAH

Pada 14 Mac 2010, Mesyuarat Khas Pemantapan Surau Perdana UTHM akan dijalankan, semua ahli lembaga pengarah Surau Perdana diwajibkan hadir. Majlis turut mengundang pengetua Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, untuk memberikan ucapan dan pengisian. Majlis ini akan makan malam akan turut diadakan dan ia ditaja oleh S'NEEZ cafe, KKTDI. Ia dijalankan bertempat di Surau Perdana UTHM, pada jam 9.30 malam iaitu selepas solat isyak dan Majlis Tadarus Al-Quran Surah Al-Mulk.

March 10, 2010

TALKSHOW@SURAUPERDANA : BERSAMA ...??

March 4, 2010

MEMIMPIN ERA REVOLUSI?

Pada 3 Mac 2010 telah diadakan Mesyuarat Khas Pemantapan Surau Perdana UTHM dan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat KKTDI bertempat di Bilik Pengetua KKTDI. Mesyuarat dihadiri oleh Pengetua KKTDI, Ketua BKE KKTDI, Pengerusi Surau Perdana UTHM, mantan Pengerusi Surau Perdana UTHM dan dua ahli Lembaga Pengarah Surau Perdana UTHM. Hasil daripada mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk :

1. Satu Majlis Sambutan Maulidur Rasul akan dijalankan secara usahasama antara Pengurusan KKTDI, JKK KKTDI dan Pengurusan Surau Perdana UTHM pada 16 Mac 2010 bertempat di Dewan Aktiviti Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, UTHM. Majlis ini akan mengundang Ustaz Hisyam (Fakulti Sains Sastera dan Warisan, UTHM) sebagai penceramah bermula jam 7.30 malam sehingga 9.00 malam. Sesi Jamuan Makan bersama Pengetua KKTDI akan diadakan dipenghujung Majlis. Majlis terbuka kepada seluruh Warga Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail.

2. Memindahkan kedudukan asal Surau Perdana UTHM ke Dewan Aktiviti KKTDI bagi memenuhi kehendak mahasiswi KKTDI yang menginginkan surau khas untuk mereka. Pemindahan ini menjadikan lokasi Surau Perdana lebih strategik berbanding kedudukan sekarang, dimana ia terletak ditengah-tengah KKTDI dan KKTF. Dengan ini dapat memberi ruang dan peluang kepada mahasiswi KKTDI untuk sama-sama mengimarahkan Surau Perdana UTHM.

3. Pengetua telah mencadangkan agar Pengerusi Surau Perdana UTHM dilantik menjadi Pembantu Felo bagi memantapkan lagi Pengurusan KKTDI dan dalam masa yang sama memperkasakan lagi Surau Perdana UTHM dan secara tidak langsung BKE KKTDI.

Ini menunjukkan komitmen yang sangat tinggi yang oleh Pengetua KKTDI dalam memperkasakan lagi KKTDI dengan cara menekankan lagi proses pemantapan Surau Perdana UTHM. Pengurusan Surau Perdana UTHM mengucapkan jutaan penghargaan dan tahniah kepada Pengetua diatas gagasan dan komitmen yang ditunjukkan. Kami seluruh warga KKTDI terutamanya ahli-ahli Surau Perdana UTHM mendokong dan menyokong penuh cadangan yang telah dikemukakan dan kami dengan berbesar hati sedia memberi kerjasama sedaya yang termampu.

February 25, 2010

SURAU : SATU REVOLUSI YANG MENOLEH

Oleh : Mohd Faizal b. Che Mohd Husin (Pengerusi Surau Perdana UTHM)


Mungkin ada pengertian yang lebih jauh dan subjektif yang boleh diberikan kepada surau daripada wadah penghambaan diri umat islam kepada Allah S.W.T semata-mata. Seperti juga masjid, surau juga sering digambarkan dengan aktiviti-aktiviti pemujaan yang pasif dan pemborosan emosi golongan eskapis dan reaksionis. Akhirnya surau diperlukan apabila monumen-monumen yang menghimpunkan mitos dan misteri. Juga ia jauh sekali menuntut sebarang sikap yang wajar daripada kita semua.

Sesungguhnya surau bukanlah rumah ibadat semata-mata, juga bukanlah terowong yang menyedut harapan-harapan utopia dan fantastik. Justeru surau seperti juga masjid, merupakan jantung Islam yang mengepam segala bentuk agenda Islamiah ke seluruh masyarakat Islam. Selain itu, surau adalah pusat rawatan bagi segala penyakit sosial yang kian hebat menyerang manusia hari ini. Jadi, daripada istilah surau yang hakikidan maknawi ini, dapatlah dkatakan bahawa rumah ibadat ini adalah simbol kekuatan umat Islam dalam satu horizon ruang dan waktu. Jikalau sesebuah surau itu makmur dalam ertikata mampu menghidupkan jemaah sembahyang fardu yang lima waktu itu, maka bolehlah ditebak bahawa masyarakat muslim yang mendiami horizon itu kuat de facto dari segi ubudiyyah kepada yang Maha Esa dan jalinan ukhwah Islamiah sesama muslim yang utuh.

Jadi, untuk memperkasakan surau pada tahap di atas, ia menuntut tanggungjawab yang bukan kepalang daripada kita. Tanggungjawab yang dituntut tidaklah terbatas kepada bentuk-bentuk tertentu, sebaliknya ia bergantung individu-individu dalam masyarakat yang didiami. Dan tanggungjawab itu bukanlah disandarkan kepada jawatan-jawatan yang tersedia dalam sesebuah organisasi sahaja. Ia seharusnya difahami sebagai komitmen umat dalam mengimarahkan masjid mahupun surau tersebut. Ini boleh dilakukan denga menghadirka diri untuk sembahyang fardu secara berjemaah. Sepertimana yang sedia maklum, solat fardu berjemaah di tempat azan diazankanmempunyai fadhilat dan hikmah yang banyak banyak sekali. Ianya melebihi solat persendirian sebanyak 27 kali ganda sebagai pencorak perwatakan muslim yang benar-benar unggul dala menghadapi ranjau di sepanjang jalan kehidupan.

Solat berjemaah merupakan simbol kepada sebarang bentuk persatuan di mayapada ini. Daripada imam kepada makmum, dapat diperhatikan bagaimana sebuah persatuan ideal bkerja dibawah lapisan strata yang sama. Apabila sang imam melakukan suatu rukun, maka sang makmum treus mengikuti perbuatan tersebut tanpa banyak soal. Di sana, wujud pertautan hati yang akhirnya jalinan-jalinan itu membentuk satu buhulan yang mustahil dipecahkan oleh kekuatan murahan makhluk-makhluk Allah S.W.T.

Solat berjemaah adalah roh kepada jasad Islam itu sendiri. Jadi kecemerlangan dalam bidang ini sekaligus mengimbaskan kegemilangan agama Islam. Dan alamat ini dapatlah dilihat pada rumah-rumah ibadat seperti masjid ataupun surau.

Namun, hujah-hujah diatas menjadi dogengan yang muluk-muluk dan retorika semata-mata apabila ianya dihamparkan pada realiti zaman moden yang ditandai dengan materialistik ini. Keghairahan dan keriuhan manusia dalam pesta gila mengejar keseronokan dan kepuasan inderawi selahapnya telah memapas gunung kepercayaan terhadap perkara-perkara yang bersifat metafizik dan transcendental khususnya agama. Agama bukan saja telah dipandang sepi, malah ianya ditenung dengan penuh perasaan curiga dan prasangka. Kenyataannya dapatlah dilihat pada hari ini iaitu agama dianggap penghambat kemajuan, kukubesi yang menindas pluralisme, dan paradoksialnya dianggap penyeru keganasan. Akhirnya simbol-simbol terutamanya masjid mahupun surau terus dianggap begitu statik dan hanya menunggu detik-detik kehancuran yang dibawa dewa-dewa maut yang digelar materialisme.

Jika diperpanjangkan akibat yang bakal dihadapi oleh manusia khususnya umat Islam, semestinya memahat masa dan ruang yang tidak sedikit. Juga artikulasi ini tinggal menjadi pemborosan semata-mata apabila tidak dikuntitkan dengan penyelesaian etika iaitu bagaimana sikap yang wajar disediakan wabak ini.

Sikap yang dituntut bukanlahdari individu-individu tertentu, sebaliknya kepada seluruh umat Islam. Dalam konteks mahasiswa seperti kita, apakah bentuk sumbangan yang diharapkan? Kalau tenaga yang ditagih, bagaimanakah bentuknya? Jika wang yang dipinta, berapakah jumlahnya? Andai masa yang didamda, berapakah tempohnya? Jawabnya, tentulah bukan itu ynag dituntut. Apa yang dituntut sebenarnya keseluruhan yang diatas! Ianya amat ringan kerana tanggungjawab ini ditebarkan kepada kaum muslimin yang kolektif.

Ini bermakna, setiap individu mempunyai tugas yang perlu dilangsaikan. Dan penyelesaian yang paling tipikal dan dituntut adalah menghadiri solat jemaah kerana ianya permulaan kepada segala bentuk revolusi. Revolusi yang dimaksudkan bukanlah evolusi mengubah sesuatu kepada bentuk yang baru, juga bukan revolusi yang menumpahkan darah; namun ia adalah perubahan dari sutu keadaan kepada keadaan yang lebih baik. Ini merupakan jihad ataupun hijrah. Revolusi ini ialah revolsi yang ingin mengambalikan umat islam kepada ajaran Islam, dan revolusi yang mengembaliakn Islam ke tingkatnya yang asli. Jadi, ia bukanlah revolusi yang meliberalkan Islam, sebaliknya ialah revolusi yang menoleh kearah keagungan Islam yang lampau ke dalam zaman sendiri.

Disini, penulis menyeru supaya kita semua dapat menyertai revolusi dengan menghadiri fardu solat-solat berjemaah di masjid ataupun di surau. Walhasil daripadanya bukan sahaja kepada islam auru surau atau masjid sahaja, malah ia turut memberi kesan kepada pelaksananya. Dengan kata lain, kemajuan dari revolusi ini bukanlah kepada subjeknya sahaja, malah objeknya turut merasakan faedah daripadanya iaitu mendapat keredhaan Allah S.W.T di dunia dan di akhirat. Insya Allah.

PENGUMUMAN SURAU PERDANA UTHM?

MODERATOR LAMAN BLOG DAN FACEBOOK


Penasihat Penerangan dan Multimedia Surau Perdana UTHM, Muhd Syafik b. Mat Jap dengan rasminya telah dilantik untuk menjadi Moderator Laman Blog dan Facebook Surau Perdana UTHM, sebarang idea, cadangan dan kritikan boleh terus dibuat dengan menghubungi atau sms kepada beliau melalui 013-7599709. http://muhdsyafiq-alfateh87.blogspot.com/  Beliau turut dibantu oleh Pengarah Multimedia Surau Perdana UTHM, Mohamad Hazlami b. Abdul Hamid dan panel moderator yang lain yang terdiri daripada ahli-ahli Lembaga Pengarah, Majlis Penasihat dan Komuniti Alumni Surau Perdana UTHM.


PERUBAHAN WAKTU MAJLIS BACAAN SURAH AL-MULK

Surau Perdana UTHM memperkemaskan lagi Majlis Tadarus Al-Quran dengan membacakan surah Al-Mulk. Berdasarkan mesyuarat pemantapan Surau Perdana UTHM, sedikit perubahan telah dicadangkan oleh ahli Lembaga Pengarah untuk memperbaiki kelemahan Majlis Tadarus ini antaranya terdapat aduan tentang kesesuaian masa pembacaan surah. Mesyuarat telah memutuskan untuk mengubah waktu bacaan surah al-Mulk dari jam 12.00 malam ke selepas solat Isyak.

PELANCARAN TABUNG PERMATA FASA III

Tabung Permata Fasa II telah dilancarkan semula dengan rasminya. Tabung ini akan dipengerusikan oleh Bendahari Surau Perdana, Ahmad Saifullah b. Razali 013-9092923. Beberapa penambahbaikan telah dirancang dan dirangka bagi memastikan Tabung Permata akan terus mampu menjadi platform untuk warga UTHM menyumbangkan derma untuk memperkasakan usaha dakwah di UTHM dan KKTDI amnya. Kini terdapat enam tabung permata yang terletak di lokasi pintu masuk KKTDI, Kafeteria KKTDI, Pusat Dobi KKTDI, Koperasi KKTDI, Surau Perdana Siswa UTHM dan Surau Perdana Siswi UTHM. Kepada yang berminat untuk menempah tabung atau barang-barang berkaitan besi bolehlah menghubungi Penasihat Tabung Surau Perdana UTHM, Wak Ali Tukang Besi, 019-7654532

PROGRAM AKADEMI SURAU PERDANA

Program akan diteruskan seperti biasa, dimana Isnin hingga Rabu diadakan majlis pengisian Kuliah Maghrib, Khamis diadakan Majlis Bacaan Yasin, Jumaat diadakan Majlis Bicara Iman, Sabtu dan Ahad, Klinik Al-Quran dan Mesyuarat Mingguan Lembaga Pengarah. Sebarang perubahan, pindaan, tajaan jamuan/program boleh terus rujuk melalui Pengerusi Surau Perdana UTHM, Mohd Faizal b. Che Mohd Husin 019-9789769. Individu yang berminat untuk menyampaikan tazkirah atau menganjurkan program bercorak Islami sila berhubung melalui pengerusi sekiranya idea sesuai kerjasama mungkin akan diadakan ataupun kebenaran untuk dijalankan menggunakan lokasi Surau Perdana UTHM akan diberi.

January 18, 2010

KEPIMPINAN BARU LEMBAGA PENGARAH SURAU PERDANA UTHM 2009/2010



Hasil daripada Majlis Perbincangan Aktiviti dan Pemantapan Surau Perdana UTHM akhirnya meluluskan pembentukan Lembaga Pengarah bagi menguruskan Surau Perdana UTHM, yang juga dikenali sebagai Unit Surau BKE, KKTDI. Mesyuarat memutuskan untuk melantik Saudara Mohd Faizal b. Che Mohd Husin yang juga merupakan mantan Timbalan Pengerusi Surau Perdana UTHM sesi 2007/2008 sebagai Pengerusi Surau Perdana UTHM untuk sesi 2009/10 dan secara automatik dilantik menjadi Ketua Unit Surau, BKE, KKTDI. Beliau akan dibantu oleh tujuh orang ahli Lembaga Pengarah dan empat ahli Majlis Penasihat.

Senarai lengkap Lembaga Pengarah Surau Perdana UTHM bagi sesi 2009/2010 >sila klik<. Unit Multimedia Surau Perdana UTHM mengucapkan ucapan tahniah diatas perlantikan semua ahli Lembaga Pengarah dan Penasihat baru. Semoga dapat menjalankan tugas dengan amanah, efektif dan proaktif. Berikut adalah beberapa gambaran perjalanan Majlis Perbincangan Aktiviti dan Pemantapan Surau Perdana UTHM yang dijalankan pada 17 Januari 2010.

Mesyuarat Agung Surau Perdana UTHM telah melantik tiga ahli Majlis Penasihat bagi memantau gerak kerja Lembaga Pengarah Surau Perdana UTHM manakala seorang dilantik secara lantikan atas kapasiti Mantan Ketua BKE. Saudara Zuhdi Othman merupakan Mantan Ketua BKE Sesi 2008/09 dan Mantan Penyelaras Surau Perdana UTHM 2008/09. Untuk merujuk peranan dan tanggungjawab Majlis Penasihat Surau Perdana UTHM sila klik >Pelan Strategik< dan untuk mengetahui senarai ahli-ahli Majlis Penasihat 2009/10 sila klik >Majlis Penasihat 2009/10<

January 16, 2010

PROJEK TABUNG PERMATA FASA II



Projek Tabung Permata Fasa kedua, dijalankan atas kesinambungan Tabung Permata fasa 1, ini adalah projek penambahbaikan Tabung Permata. Tabung Permata telah ditempah dengan bentuk yang lebih sempurna dan selamat. Dengan ini meyakinkan penderma tentang keselamatan wang yang akan didermakan. Projek ini mendapat kerjasama nasihat daripada Pihak Masjid Jamek UTHM dan khidmat pakar besi, Wak Ali (Pakar Besi, Parit Jelutong). Berikut adalah gambar-gambar kenangan sempena projek ini. Fasa ini masih belum sempurna, dan insya Allah akan disempurnakan tabung-tabung ini dalam fasa yang seterusnya. Untuk pengetahuan tabung ini telah ditempah dua unit, satu diletakkan di bahagian lelaki surau dan satu lagi dibahagian perempuan surau. Beberapa tabung permata yang lama masih dikekalkan dan masih terdapat di Koperasi KKTDI dan Pusat Dobi, KKTDI manakala tabung-tabung yang lain adalah dalam proses pelupusan aset. Kepada yang berminat untuk menempah tabung atau barang-barang berkaitan besi bolehlah menghubungi Penasihat Tabung Surau Perdana UTHM, Wak Ali Tukang Besi, 019-7654532.