November 12, 2009

ADUAN LAMAN LUCAH : TAHNIAH DI ATAS TINDAKAN PANTAS PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UTHM

Aduan berkenaan laman web lucah telah dilakukan oleh Pengurusan Surau Perdana KKTDI. Tahniah dan terima kasih di atas tindakan pantas dan respon yang telah diberikan oleh Pihak Pusat Teknologi Maklumat UTHM. Mohon agar seluruh mahasiswa-mahasiswi UTHM dapat bersama-sama kami dalam menjayakan misi menangani permasalahan laman web lucah dengan terus menghubungi pihak Pusat Teknologi Maklumat UTHM sekiranya mengetahui alamat-alamat web lucah untuk terus disekat. Berikut adalah respon email yang telah diterima :

Pengurusan Surau Perdana KKTDI

Terima kasih kerana membuat aduan laman web

Pihak PTM tidak dapat memantau sepenuhnya jika pihak tuan tahu mana-mana website lagi sila emailkan terus kepada saya dan akan saya tutup dengan segera.

Unit Keselamatan IT
Pusat Teknologi Maklumat
http://itinfo.uthm.edu.my
it@uthm.edu.my