October 30, 2009

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN BERSAMA PENGETUA KKTDI

Alhamdulillah, majlis telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Bermula dengan solat maghrib kemudian bacaan yasin, solat hajat dan ucapan alu-aluan Pengetua KKTDI dan diakhiri dengan Solat Isyak. Tetamu yang hadir kira-kira dianggarkan 100 orang. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis ini. Insya Allah, majlis ini akan diteruskan dari masa ke semasa sepertimana yang dicadangkan oleh Pengetua KKTDI.