July 26, 2009

TAHNIAH KEPADA PENGURUSAN BARU!

Mulai 26 Disember 2009, Surau Perdana diuruskan sepenuhnya oleh Biro Kerohanian dan Etika (BKE). Dimana Ketua BKE secara automatik menjadi Pengerusi Surau Perdana dan begitu juga jawatan-jawatan yang lain di dalam BKE. Majlis Ukhwah Rakan BKE dan Rakan Surau Perdana telah dijalankan bagi membincangkan penggabungan entiti Rakan Surau Perdana dan Rakan BKE dalam satu organisasi baru. Hasil mesyuarat ini juga dengan secara rasminya Rakan Surau Perdana dibubarkan dan ahli-ahlinya diserap masuk ke dalam Rakan BKE. Selain itu mesyuarat pemilihan jawatankuasa baru juga telah dijalankan bagi memilih saf kepimpinan baru BKE. Kepada mahasiswa-mahasiswi yang telah terpilih, tahniah diucapkan dan semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, kreatif, ikhlas dan berdedikasi.

untuk senarai penuh Jawatankuasa BKE (Lembaga Pengarah Surau Perdana) Sesi 2009/10 sila klik ruangan Lembaga Pengarah SP 2009/10