June 15, 2009

PENSTRUKTURAN SEMULA SURAU PERDANA 2009/10

Berikutan pembubaran Jawatankuasa Kolej Kediaman KKTDI, maka secara rasminya Lembaga Pengarah Surau Perdana dibubarkan. Oleh yang demikian seperti yang termaktub dalam peraturan khas surau perdana, dimana Majlis Penasihat gambit's alih tugas dan tanggungjawab sehingga pembentukan Lembaga Pengarah baru yang akan diadakan setelah rundingan antara Majlis Penasihat dan Ketua Biro Kerohanian dan Etika yang baru dilantik.

Berikutan beberapa ahli Majlis Penasihat dan mantan ahli Majlis Lembaga Pengarah yang akan menamatkan pengajian pada sesi yang akan datang. Surau Perdana telah membuat keputusan untuk membentuk Majlis Alumni Surau Perdana KKTDI. Fungsi dan peranannya akan diperincikan kemudian. Dimana dua ahli Majlis Penasihat iaitu Nurul Helme b. Zulkipli dan Muhammad Fadhil SH Anuar akan mengetuai Majlis Alumni ini. Manakala mantan Pengerusi BKE, Saudara Mohd Zuhdi b. Othman dan mantan Pengerusi Surau Perdana KKTDI, Saudara Firdaus b. Ismail, kedua-duanya dilantik mengisi kekosongan ahli Majlis Penasihat.

Mesyuarat Agung Majlis Lembaga Pengarah bagi sesi 2009/2010 dijangka akan diadakan pada awal semester pengajian sesi 2009/2010 dimana majlis tersebut akan dikendalikan oleh Pengerusi BKE yang baru dilantik.


MAJLIS LEMBAGA PENGARAH (PENGURUSAN SURAU PERDANA)

Penasihat : Dr. Mustafa Ibrahim (Pengetua KKTDI)
Penyelaras : Muhammad Zulhisham Firdaus b. Ahmad (Ketua Biro BKE, JKKTDI)

MAJLIS ALUMNI (METRORAUDHAH INC.)

Pengarah : Nurul Helme b. Zulkipli
Pengarah : Muhammad Fadhil SH Anuar
Pengarah : Mohd Faizal b. Che Mohd Husin
Pengarah : Fadhli Dzul Helmi b. Mohd Fauzi

MAJLIS PENASIHAT (AKADEMI SURAU PERDANA)

Penasihat : Mohd Asyraf b. Mustafa
Penasihat : Mohd Firdaus b. Ismail
Penasihat : Mohd Zuhdi b. Othman
Penasihat : Mohamed Faizal b. Zainol