April 19, 2009

Program InTrackSee ’09

Batu Pahat, 18 April 2009 - bertempat di Dewan Aktiviti Kolej Kediaman Tun Dr Ismail, Biro Kerohanian & Etika (BKE) telah menganjurkan satu program yang dinamakan In Track See ‘09 – Menjelang Peperiksaan Akhir dan ‘Solat Hajat’ yang bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan berakhir dengan solat Isyak berjemaah. Di antara waktu maghrib dan isyak telah diadakan solat hajat dan disambung pula dengan tazkirah atau ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shahrir bin Abdul Mutalib yang juga merupakan Imam 2 Masjid Jamek UTHM.

Program ini dipengarahkan oleh Mantan Pengerusi BKE, Zuhdi bin Othman turut dihadiri oleh mahasiswa dan mahasiswi dari TDI dan TF. Suasana begitu riuh rendah tatkala mendengar ceramah yang disampaikan dengan nada bersahaja oleh Ustaz Shahrir. Turut kelihatan di situ adalah Dr Mustapha bin Ibrahim yang merupakan Pengetua Kolej Kediaman TDI. Turut kelihatan barisan pimpinan Jawatankuasa Kolej Kediaman yang baru.


Program berakhir dengan pesanan dari Ustaz Shahrir untuk memelihara solat serta akhlak dan berharap program ini patut bermula dari awal semester dan bukannya di saat-saat akhir menjelang peperiksaan.

Unit Penerangan Surau Perdana.