November 20, 2008

MESYUARAT PENUBUHAN MAJLIS PENASIHAT

Mesyuarat khas telah diadakan pada 20 Oktober 2008, 7.30 - 8.00 malam, bertempat di Surau Perdana yang melibatkan ahli-ahli Lembaga Pengarah 2007/2008. Terdapat beberapa isu yang diperbincangkan sepanjang mesyuarat tersebut termasuk penyerahan tugas secara rasmi kepada ahli Lembaga Pengarah 2008/2009. Turut dibincangkan ialah peranan mantan ahli Lembaga Pengarah dalam memperkasakan surau pada sesi yang berikutnya. Hasil utama yang diputuskan oleh mesyuarat tersebut adalah dengan penubuhan Majlis Penasihat. Semoga dengan kewujudan Majlis Penasihat dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh Majlis Lembaga Pengarah 2008/2009 dengan sewajarnya terutamanya dalam mendapatkan khidmat nasihat dalam usaha memperkasakan lagi organisasi ke arah memastikan visi dan misi organisasi tercapai dengan jayanya. Insya Allah.