September 10, 2008

MEMASYARAKATKAN MASJID

Masjid ialah rumah Allah dan juga pusat pembentukan masyarakat, yang dapat memainkan peranan ke arah meningkatkan syiar Islam. Masjid tidak hanya terbatas kepada ibadat khusus sahaja, seperti ibadat solat. Sebaliknya, konsep dan falsafah masjid yang telah ditunjukkan dan dipraktikkan oleh sirah Rasulullah SAW, merangkumi semua aspek termasuk perhubungan di antara manusia dengan Allah dan antara manusia sesama manusia. Sebagai contoh, Masjid Nabawi di Madinah, adalah menjadi nadi kepada keutuhan masyarakat dan negara Islam pertama, pusat perpaduan dan lambang kekuatan Islam.

Nabi Muhammad SAW banyak menerima wahyu di dalam masjid, di samping menjadikan masjid sebagai tempat mengajar para sahabatnya mengenai Islam, iman dan ihsan. Demikian juga mengajar cara-cara pembentukan peribadi, pembersihan hati, peraturan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Firman Allah :
(An-Nur:36)

Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga di kerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.

Dengan aktiviti masjid yang berkesan, maka cahaya Islam mula tersebar dari Masjid Madinah dan Mekah, menyinari ke semenanjung Tanah Arab dan seluruh dunia. Agama Islam berjaya menukar watak manusia. Kegelapan bertukar kepada cahaya, orang jahil bertukar menjadi alim, orang kafir menjadi mukmin yang bertakwa, orang fasiq menjadi orang soleh dan pejuang kebenaran.

AYUH UMAT ISLAM!!

"Pada akhir zaman, orang-orang yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api, andai terus digengam hancur luluh jiwanya, namun andai dilepaskan hancurlah dunia. Jangan takut untuk berjuang kerana orang-orang yang berjuang ini memang direntangi ujian. "sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar..... "kita hidup untuk perjuangan, mati untuk kehidupan syurga impian...