October 29, 2007

PROJEK WAKAF TEKNIKAL SURAU 08'

Surau melancarkan Projek Wakaf Teknikal Surau 08', di mana surau dengan ini menjemput mana-mana individu untuk menyumbangkan sumbangan rasmi berbentuk wang kepada pengurusan surau atau mewakafkan peralatan teknikal untuk seperti radio, komputer, printer, tv, LCD, pemanas air dan sebagainya untuk kegunaan surau.

Keperluan utama ialah radio. Kami mengalu-alukan pewakaf radio. Radio ini akan digunakan untuk memperdengarkan al-Quran atau kuliah-kuliah agama mahupun ilmiah atau yang difikirkan sesuai. Insya Allah akan diadakan sebelum subuh dan sebelum maghrib pada setiap hari. Sesungguhnya amatlah besar pahalanya bagi mereka yang mewakafkan peralatan teknikal ataupun menyumbangkan sejumlah wang untuk dikumpul dan digunakan untuk pembelian ini.

Seandainya terdapat baki kami akan gunakan untuk pembelian bahan teknikal lain atau digunakan untuk kegunaan surau yang lain. Sebarang pertanyaan dan sumbangan atau wakaf bagi menjayakan Projek Wakaf Teknikal Surau 08' ini bolehlah dibuat melalui Timbalan Pengerusi Pengurusan : Huzaimi 013-2767096. Untuk pengetahuan semua, pelbagai peralatan teknikal surau sebelum ini telah diwakafkan antaranya "air-cooler" dan "microphone". Pengurusan mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan tersebut.