September 16, 2007

PELAN STRATEGIK SURAU PERDANA

Visi : Menjadikan Surau Perdana Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail sebagai surau contoh diantara surau-surau kolej kediaman dalam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bagi mewujudkan persaingan sihat disamping mampu mempertingkatkan imej Islam melalui dimensi organisasi dan pentadbiran kerana Allah s.w.t.

Misi : Membangunkan dan menyediakan sistem juga suasana surau yang kondusif ke arah menghasilkan surau yang mampu menarik pelbagai latarbelakang untuk bersama mengimarahkan surau dan secara langsung melahirkan modal insan yang kreatif, berinovatif, berdaya saing serta berakhlak melalui kewujudan lembaga pengarah surau dalam usaha menjayakan visi surau.

Matlamat Organisasi : Mewujudkan sebuah organisasi Surau Perdana Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail yang berkonsepkan keluarga sesuai dengan konsep persaudaraan Islam, dimana setiap ahli lembaga pengarah diibaratkan sebagai sebuah keluarga yang saling bekerjasama, bantu-membantu, nasihat-menasihati, tegur-menegur dan berkasih sayang atas dasar kejujuran, keikhlasan kerana Allah s.w.t. dan diterjemahkan dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh organisasi.

Objektif Organisasi : Menjana pemikiran kreatif dikalangan ahli lembaga pengarah untuk merancang, merangka dan menganjurkan aktiviti sama ada bergerak secara berkumpulan atau tanpa perlu bergerak secara kumpulan meliputi aspek penerbitan, dakwah, sukan, akademik, multimedia dan komunikasi.

Konsep Organisasi : Menjadikan aktiviti berorganisasi sebagai satu ibadah kerana Allah, dimana setiap saat dalam menjalankan aktiviti bersama Surau Perdana KKTDI sama ada dalaman atau luaran, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung berpaksikan niat kerana Allah s.w.t. Dimana setiap aktiviti yang dijalankan tidak mensasarkan pujian, penghargaan, balasan dan ucapan terima kasih melainkan keredhaan Allah s.w.t.

Tema :Surau Untuk Semua