September 17, 2007

KLINIK AL-QURAN

Surau Perdana KKTDi dan Pusat Pengajian AlQuran Sharawi telah berjaya mengilhamkan program usahasama yang dinamakan Klinik alQuran. Program ini bakal menjadi program pengukuhan kepada Tadarus al-Quran yang dijalankan pada setiap hari Ahad dan sepanjang Majlis Tadarus Al-Quran yang dijalankan setiap hari dalam bulan Ramadhan.

Pakej pilihan pengajian
Pakej A Isnin 8.00-10.00 pagi
Pakej B Khamis 8.00-10.00 pagi
Pakej C Sabtu 7.30-9.30 malam
Pakej D Ahad 7.30-9.30 malam

Informasi pengajian
Pengajian secara perseorangan bukan berkumpulan. Sesuai kepada individu yang baru mula belajar mengaji, baru mula mengenal tulisan jawi, ingin memperbaiki bacaan atau ingin mendalami ilmu tajwid. Kira-kira 15 minit diperuntukkan untuk seorang individu mengaji. Datang awal, ngaji awal dan balik awal. Jadual boleh dipilih mengikut kesesuaian.

Tempat
Pusat Pengajian Al-Quran As-Sharawi (tingkat atas 7 eleven Parit Raja)

Sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui
Ustaz Rahim 0167442358
Faizal Zainol 013-7599609